29/05/2012

Hujah Anak Muda Yang Buatkan @rafiziramli Nampak Tak Cerdik Pasal #PTPTN @xrockybrux




Keris petik artikel MyMassa berkenaan PTPTN memandang isu ini masih menjadi perbualan sehingga membawa kepada perdebatan Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli. Ini merupakan hujah yang diberikan oleh seornag anak muda di Facebook [Klik Sini]. Ini hujah beliau yang berjaya membuatkan Rafizi nampak dirinya kurang cerdik :


Pendakyahraya Weltanschauung

1. Mansuh PTPTN tak bermakna pendidikan percuma.
2. Kalau nak mansuh PTPTN, itu untuk generasi akan datang. Bagi yang dah pinjam, kena bayar.
3. Kalau yang belum bayar ni tak payah bayar, harap yang dah bayar PTPTN pun kena dikembalikan balik wang mereka, secara penuh, bagi semua yang dah bayr, samada baru bayar separuh, ataupun dah habis bayar.
4. Banyak negara welfare state yang tetap tak bagi percuma tertiary education mereka. Ada yang siap ada 'hidden cost' lagi.

5. Kena tanya persoalan asas: apa matlamat kerajaan Malaysia?
6. Nak tumpu semua rakyat dapat pendidikan sekunder (habis SPM) atau nak bagi pendidikan tertiary percuma?
7. Sebab peratus kadar kemasukan ke IPT per jumlah pelajar yang habis SPM masih rendah, dan masih ada yang tercicir dari menghabiskan pelajaran hingga SPM.
8. Lebih baik tumpu dana tersebut kepada pembinaan sekolah, infrastruktur etc yang berkaitan pendidikan rendah dan menengah, untuk memastikan minimum pendidikan rakyat Malaysia ialah SPM.
9. Sekiranya ingin melaksanakan sistem pendidikan percuma secara total, maka beberapa perkara perlu diperhalusi. Antaranya:

A. Sumber:

1. (Ini tak terhad kepada pendidikan percuma sahaja, tapi untuk benda lain juga.)
2. Kebergantungan kepada sumber petroleum adalah memudaratkan bagi masa panjang.
3. Sebab petroleum akan habis.
4. Perlu ada sumber yang 'konsisten'.
5. Nak taknak kita kena mengikut jejak langkah negara yang beri pendidikan percuma/welfare state: kadar cukai yang tinggi.
6. Dan mengurangkan beban subsidi dari bidang yang lain. Subsidi gula contohnya. Atau bahan api (jana elektrik).
7. Adakah rakyat sanggup bayar cukai lebih untuk masyarakat dan anak-anak? Berkorban individu untuk kemashlahatan majoriti?

B. Halatuju:

1. Persoalan yang lain: Apakah fungsi universiti/pendidikan tertiary bagi kerajaan?
2. Kilang lahir pekerja mahir, pusat penyelidikan atau apa?
3. Sekiranya ingin melahirkan pekerja mahir/separa mahir, maka lebih elok diperkasakan institusi politeknik, institut kemahiran dan yang berkaitan.
4. Menjadikan universiti sebagai kilang pekerja mahir akan menyebabkan konflik hala tuju universiti tersebut (telah dan sedang berlaku).
5. Contohnya konflik antara pusat R&D, gedung ilmu dan tempat lahir pekerja mahir.
6. Contoh, jika hala tuju untuk lahir pekerja mahir, maka bidang-bidang fundamental perlu dikurangkan (bidang-bidang teori contohnya falsafah, fizik kuantum, linguistik etc)
7. Halatuju menentukan relevan atau tidak pendidikan tertiary percuma di negara ini.
8. Kalau halatuju ialah menjadikan majoriti rakyat Malasia ada degree, mungkin relevan.
9. Kalau halatuju nak lahirkan pelajar berkualiti, pengisian yang lebih penting


Haa! Kan dah kena tepat ke muka Rafizi yang sangat bangga menggelarkan dirinya sebagai akauntan tapi malangnya kantoi apabila anak muda berhujah! Bercakap pasal PTPTN yang akan berbincang hari ini tentang pemansuhan 1%. Keris berpendapat bahawa PTPTN hanya perlu distruktur semula sistem pentadbiran dan penerangan.

Kini konsep ujrah yang digunapakai termasuk SSPN sebenarnya menguntungkan semua pihak maka tidak wajar 1% itu dihapuskan. Keris sendiri pembayar PTPTN dan rasanya 83% yang lain juga tidak punya masalah pembayaran. Ini sebenarnya cuma satu isu yang cuba dipoltikkan. Jelas disini, KPT dan PTPTN perlu beri penerangan secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia tujuan, objektif serta konsep Ujrah yang pada Keris masih ramai lagi pihak berlum faham sepenuhnya. 

Kajian semula perlu dibuat kerana tanpa 1% maknanya kerajaan perlu menanggung kos-kos tersebut. Tak salah rasanya pelajar yang sudah lulus tidak membebankan kerajaan dengan membayar 1%. Dengan mengurangkan kos subsidi yang ditanggung oleh kerajaan mungkin dapat membantu orang yang lebih susah daripada kita. Fikir juga PTPTN perlu membayar gaji pekerja mereka, atau kita tidka fikir akan keluarga si pekerja jika PTPTN perlu mengurangkan pekerja kerana tidak punya dana?. Maaf ini cuma pendapat peribadi Keris dan ia tidak menghentam mana-mana pihak.

K7L : Loan kereta 3.5% boleh pulak bayar..yang guna masa belajar kena 1% pun dah bising?..fikir pasal orang juga jangan fikir diri sendiri..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk